Tuesday, May 14, 2013

kerana aku hanya insan biasa~~ part 2

terasa sekejap masa berlalu..lama tak update kisah kerana aku hanya insan biasa..mood menulis dah ada..sementara tak banyak kerja update la sekejap..mencuri masa yang ada..hehe

imbas kembali........

1994..darjah 1 sekolah kebangsaan seberang dungun (sksd)..cikgu razalina razak..satu nama yang akan aku ingat sampai bila-bila..cikgu kesayangan disaat tu..kelas 1 merah..tak banyak yang aku ingat kisah ketika darjah 1 ni..skip terus ke darjah 2..

darjah 2 pulak, kelas 2 merah..subjek paling suka & minat masa tu subjek english..sir swinder singh..sir ni pun mengajar subjek pendidikan seni..selalu sir masuk kelas mesti tanya nak buat teka vocabulary or nak melukis..mesti aku jawab nak buat voceb..minat bahasa inggeris memang dah ada sejak sekolah rendah lagi..

pengalaman lain saat darjah 2 ni, chek aka my beloved mother pregnant, tp adik aku x sempat nak melihat dunia dalam jangka masa yang panjang..ajalnya telah tiba dulu..adik tunggu chek ngan pok kat sana ye..insya Allah..

darjah 3 paling aku suka masa sekolah rendah..ini kerana ada satu epristiwa tu aku nyaris pengsan atas pentas sekolah.. semua tu gara-gara masuk pertandingan bercerita..cikgu shamsuddin aka guru kelas aku time tu la yang suruh masuk pertandingan tu..last-last tak sempat nak cerita dah jatuh pengsan dulu..berdebar tengok ramai sangat orang depan stage tu..hahahaha..

skip lagi sampai darjah 5.

darjah 5 sksd..masa dalam kelas kami duduk sederet bertiga..memori tu masih terlekat indah di fikiranku. mc sue, faezah & aku berkawan rapat ketika tu sehinggalah darjah 6.

pengalaman darjah 6 paling diinagati saat sekolah rendah.maklum ajela dah umur 12 tahun. sibuk berlatih bola jaring, sibuk dengan kelas tambahan petang dan malam. penat memang penat, tapi seronok tetap ada kerana ada kawan-kawan yang lain. walaupun sibuk, namun pelajaran tetap tak dilupakan. setiap malam pasti chek akan memeriksa kerja sekolahku..menemaniku jika masih ada kerja sekolah yang belum siap.. & of course la kerja sekolah subjek matematik yang paling banyak.tapi aku suka sangat dengan subjek matematik.

pengorbanan chek sebagai seorang ibu terlalu besar dan tak kan mampu dibalas. bukan wang ringgit yang menjadi idaman para ibu bapa. tanggunjawabnya dilaksanakan dengan baik dan terlalu sempurna. menjagaku yang nakal bersama adik-adik yang masih kecil memang menjadi satu cabaran  baginya. namun, dia teidak pernah merungut.

bergaduh, bertempik, menangis sudah menjadi adat sebagai seorang kanak-kanak. perkara paling aku ingat, aku pernah melawan cakap pok.. na mintak maaf pok.. na dok sengaja.. na menyesal sangat2..

sedih la pulak..dah..dah..part sedih tolak tepi..hehehe :-)

UPSR telah tiba. masing terngiang-ngiang saat UPSR di dalam dewan sekolah. mak sepupuku yang menjadi pengawas peperiksaan ketika itu. dia asyik tengok aku dari jauh..nak ajar pun ok jugak.tapi takde maknanya. dia hanya memerhatikanku dari jauh..hehehe

alhamdulillah, keputusan UPSR telah keluar. walaupun aku tak berjaya mendapat 5 A, chek ngan pok tak pernah marah walaupun aku tau mereka kecewa. aku hanya berjaya mendapat 3 A. tapi subjek aku minat iaitu bahasa inggeris dan matematik memang berjaya mendapat A.

berhenti setakat ini dahulu.. berjumpa lagi di lain masa,,

 sekian, terima kasih..

kalau ada sumur di ladang, baru kita menumpang mandi..
kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.. :-)