13,14 dan 15 september dalam ingatan.
5 staf dari aadk kuala terengganu, 5 staf dari aadk kemaman dan 10 residen aadk kuala terengganu.
13 september 2012, tepat jam 9 pagi. kami memulakan ekspidisi ke gunung berembun di chemerong di daerah dungun. perjalanan 1 jam pertama cukup memeritkan. salah seorang ahli ekspidisi mengalami muntah-muntah kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan udara di sekililing. alhamdulillah, ahli ekspidisi telah dapat menyesuaikan diri selepas muntah-muntah.
subhanallah, destinasi pertama tiba di kawasan air terjun yang teramat cantik.
|
keindahan ciptaanNya |
|
kami~~ |
|
saya dan kakak |
|
kami hanya bertiga..seorang lagi kakak tak dapat menyertai ekspidisi.. :-( |
lebih kurang jam 2 petang kami tiba di perhentian pertama. selesai menunaikan solat jamak takdim zohor dan asar, kami menikmati nasi lemak yang dibekalkan, kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak gunung berembun.
perjalanan semakin sukar. namun keinginan untuk samapi ke puncak menyemarakkan semangatku. tatkala azan maghrib berkumandang, terasa sayu dihati ini. berada di tengah-tengah hutan belantara saat-saat itu. hujan yang turun semakin lebat. suasana semakin gelap menyukarkan perjalanan. merentasi onak dan duri menuruni lembah yang curam agak menakutkan di kala malam gelap.
|
my boss at aadk kuala terengganu |
|
puncak gunung |
tepat jam 10.30 malam, kami selamat tiba di destinasi yang dinanti-nantikan. kepenatan merentasi hutan belantara mula hilang sedikit demi sedikit. khemah dipasang, lampu dinyalakan. dalam kedinginan malam, kami terpaksa mandi untuk membersihkan diri yang dilanada kebasahan ketika hujan dengan kekotoran terkena selut. air teramat dingin malam itu. selesai menunaikan kewajiban seorang muslimah diimamkan kakakku, kami mula menjamu selera bagi mengisi perut yang menyanyi-nyanyi minta diisi.
terjagaku dari tidurku tatkala terasa diri dihimpit. baru kusedari kakakku di sebelah menggigil kesejukan. aku pula hanya mampu melihat. ;-)
pagi jumaat yang indah terasa damai. teramat cantik suasana di situ disertai dengan bunyi air terjun yang mengalir. hilang segala kepenatan mendaki selama lebih kurang 13 jam semalam.
|
gunung yang menghijau |
|
teramat cantik |
|
just like in calendar |
|
tapak perkhemahan |
|
beraya di gunung berembun |
|
punyalah terlebih makan ulat ni..haha |
|
syoknya mandi..sejukkkkk...berendam 4 jam..haha.. :-) |
|
subhanallah |
|
sejuk mata memandang |
|
tenang~~ |
|
tersangatlah cantik |
|
nice |
|
air yang takkan pernah berhenti mengalir |
|
air terjun yang menyejukkan |
hilang segala kepenatanku. hilang segala keserabutan dikepala. hilang kesedihan. kegembiraan yang melanda dapat menawan puncak gunung berembun,chemerong,dungun.
|
sabtu 15.09.2012 |
jam 9.00 pagi, kami mula bertolak turun ke kaki gunung. perjalanan pulang tidaklah sesukar perjalanan naik kerana kebanyakkannya hanyalah menuruni gunung walaupun ada juga menaiki sedikit. jam 5.30 petang kami selamat tiba di kaki gunung. alhamdulillah, kami berjaya.
|
masuk paper metro~~lain dari yang lain~beraya di gunung.. |
moga bertemu lagi di lain waktu. kenangan bersama pasti takkan dilupakan. terima kasih daun keladi, lain kali nak pergi lagi?hahaha.. ;-)
" kak wani, kak huda dan kak dah tetap dalam ingatan. walaupun na bukan lagi di ccsc kuala terengganu, persahabatan kita kan kekal hingga akhir hayatku. sayang sokmo..insya Allah. "
sekian..wassalam.. :-)