assalamualaikum w.b.t..
13 oktober 1987..lahir seorang bayi perempuan diberi nama shukruna anak kepada pasangan mohamad noor bin omar dan zainon binti ismail. itulah namaku.9 beradik, anak yang ke7.
terlalu banyak kenangan yang ingin diungkap.biarlah aku ungkapkan satu persatu kisah hidupku yang tidak seindah orang lain.namun, kenangan itu tetap segar dalam ingatanku. nak cerita ketika aku bayi, aku bukannya ingat. tapi aku akan tetap ceritakan apa yang keluargaku ceritakan padaku saat-saat aku masih bergelar kanak-kanak.
biarlah aku bercerita tentang insan-insan yang aku sayangi terlebih dahulu.ayahku mohamad noor bin omar. aku memanggil beliau "pok". manakala mak aku pula zainon ismail dan aku memanggil beliau yang teramat aku sayangi ini sebagai "chek". abangku yang sulung abang wa, kemudian kakak-kakakku kak mi,kak su, kak ti diikuti oleh abangku abang rif dan kakakku kak ba. yang ke 7 mestilah aku dan yang seterusnya adik-adikku ah dan adik la. semua adik-beradikku diberi nama bermula huruf M.A lelaki dan yang perempuan bermula dengan huruf S. abang-abangku diberi nama mohamad anuar dan mohamad arif. kakak-kakakku serta adik-adikku pula salmiah, suraya, salwati, sabariah, solehah dan yang bongsu agak istimewa namanya kerana dua nama iaitu sofiah kamilah.
pok bekerja sebagai tukang kayu @ tukang buat bot. pok memang terkenal dikalangan nelayan-nelayan malahan dikalangan kerabat pun mengenali pok. pok orang pulau duyong yang memang terkenal dengan pembuatan bot. chek pula hanyalah suri rumah. namun chek bukanlah suri rumah sepenuh masa. chek juga merangkap driver kepada pok. malah chek membuat kuih-muih untuk dihantar ke kedai berhampiran dengan mahligai indah kami sekeluarga. menurut keluargaku, saat aku dilahirkan, keluargaku sudah mempunyai kehidupan yang agak senang berbanding ketika zaman kanak-kanak abang-abang dan kakak-kakakku. sejarah keluargaku akan aku ceritakan kelak.
akanku huraikan satu-persatu. tanggal 1992 dan 1993, aku dihantar bersekolah di PASTI seberang pintasan. aku masih ingat ketika itu, aku ke sekolah menaiki kereta sewa. pak cik tu namanya pok asim.satu perkara yang aku masih ingat tentang pok asim ni ialah pok asim memang suka melayan budak-budak.hari tu aku perlu membawa batu-batu untuk tujuan belajar mengira, tapi aku terlupa nak beritahu chek yang aku perlu membawa batu-batu ke sekolah. pok asim lah yang membantu aku mengutip batu-batu yang nak dibawa.masih terngiang-ngiang juga diingatanku ini aku ada sahabat yang rapat ketika di PASTI. namanya faezah dan zakiah. aku masih lagi ingat, ketika aku kecil itu, aku selalu bertanya kepada chek kenapa tak diberikan namaku sebagai zakiah. sukanya aku dengan nama zakiah ketika itu.agak kelakar juga bila diingat. nama pun budak-budak. asal suka je mesti nak.
1994, aku mula bersekolah rendah. aku dapat masuk 1 merah. cikgu yang aku tak boleh lupa masa aku darjah 1 ni cikgu mohd noor. sama nama dengan pok. cikgu ni aku ingat sebab dia bekeng a.k.a garang. aku pernah kena cubit kat perut sebab pandang kat luar je.lepas tu memang takdenya aku nak buat salah lagi.hehe ;-)
berehat seketika~~
bersambung........................................................

No comments:
Post a Comment