Tuesday, November 27, 2012

gunung berembun~air terjun lansir~dungun 2012


13,14 dan 15 september dalam ingatan.

5 staf dari aadk kuala terengganu, 5 staf dari aadk kemaman dan 10 residen aadk kuala terengganu.

13 september 2012, tepat jam 9 pagi. kami memulakan ekspidisi ke gunung berembun di chemerong di daerah dungun. perjalanan 1 jam pertama cukup memeritkan. salah seorang ahli ekspidisi mengalami muntah-muntah kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan udara di sekililing. alhamdulillah, ahli ekspidisi telah dapat menyesuaikan diri selepas muntah-muntah.

subhanallah, destinasi pertama tiba di kawasan air terjun yang teramat cantik.

keindahan ciptaanNya

kami~~

saya dan kakak


kami hanya bertiga..seorang lagi kakak tak dapat menyertai ekspidisi.. :-(
lebih kurang jam 2 petang kami tiba di perhentian pertama.  selesai menunaikan solat jamak takdim zohor dan asar, kami menikmati nasi lemak yang dibekalkan, kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak gunung berembun.

perjalanan semakin sukar. namun keinginan untuk samapi ke puncak menyemarakkan semangatku. tatkala azan maghrib berkumandang, terasa sayu dihati ini. berada di tengah-tengah hutan belantara saat-saat itu. hujan yang turun semakin lebat. suasana semakin gelap menyukarkan perjalanan. merentasi onak dan duri menuruni lembah yang curam agak menakutkan di kala malam gelap.
my boss at aadk kuala terengganu
puncak gunung
tepat jam 10.30 malam, kami selamat tiba di destinasi yang dinanti-nantikan. kepenatan merentasi hutan belantara mula hilang sedikit demi sedikit. khemah dipasang, lampu dinyalakan. dalam kedinginan malam, kami terpaksa mandi untuk membersihkan diri yang dilanada kebasahan ketika hujan dengan kekotoran terkena selut. air teramat dingin malam itu. selesai menunaikan kewajiban seorang muslimah diimamkan kakakku, kami mula menjamu selera bagi mengisi perut yang menyanyi-nyanyi minta diisi.

terjagaku dari tidurku tatkala terasa diri dihimpit. baru kusedari kakakku di sebelah menggigil kesejukan. aku pula hanya mampu melihat. ;-)

pagi jumaat yang indah terasa damai. teramat cantik suasana di situ disertai dengan bunyi air terjun yang mengalir. hilang segala kepenatan mendaki selama lebih kurang 13 jam semalam.


gunung yang menghijau
teramat cantik

just like in calendar
tapak perkhemahan
beraya di gunung berembun
punyalah terlebih makan ulat ni..haha
syoknya mandi..sejukkkkk...berendam 4 jam..haha.. :-)
subhanallah
sejuk mata memandang
tenang~~
tersangatlah cantik
nice
air yang takkan pernah berhenti mengalir
air terjun yang menyejukkan
hilang segala kepenatanku. hilang segala keserabutan dikepala. hilang kesedihan. kegembiraan yang melanda dapat menawan puncak gunung berembun,chemerong,dungun.

sabtu 15.09.2012
jam 9.00 pagi, kami mula bertolak turun ke kaki gunung. perjalanan pulang tidaklah sesukar perjalanan naik kerana kebanyakkannya hanyalah menuruni gunung walaupun ada juga menaiki sedikit. jam 5.30 petang kami selamat tiba di kaki gunung. alhamdulillah, kami berjaya.

masuk paper metro~~lain dari yang lain~beraya di gunung..
moga bertemu lagi di lain waktu. kenangan bersama pasti takkan dilupakan. terima kasih daun keladi, lain kali nak pergi lagi?hahaha.. ;-)

" kak wani, kak huda dan kak dah tetap dalam ingatan. walaupun na bukan lagi di ccsc kuala terengganu, persahabatan kita kan kekal hingga akhir hayatku. sayang sokmo..insya Allah. "

sekian..wassalam.. :-)













4 comments:

  1. uit....k.dah pya cramp x cite ke????hahhhahah

    ReplyDelete
  2. haha..nok ke..time kak dah cramp, na x jalan skali sgt..kak dah kan banyak jalan ngan en.bos kite..hehe..

    ReplyDelete
  3. en bos...., mestilah kena jaga anok buoh.....ye kang bos.....

    ReplyDelete
  4. haruslah..mane boleh x layan anak buah kesayangan dia ni..hehe

    ReplyDelete